Inilah makanan feveret aku... Sup Tulang & Sup Ekor,( Nak lagi best campur dengan sambal belacan sikittt bila makan dengan nasi )
Apa-apa pun sebelom makan baca Bismillah..., kalau makan macam gambar diatas ini namanyabukan makan tapi MENTEKEDARAHHH !!!
Kita makan untuk hidup atau Kita hidup untuk makan..., Dikebanyakan negara negara maju, rakyatnya mati kerana terlebih makan sedangkan di negara negara mundur contahnya Somalia, Afrika rakyatnya kebanyakan mati kerana kekurangan makanan.
Bicara tentang soal makan, apakah makanan kegemaran anda ? Pernahkah anda terfikir bahawa makanan yang kita makan setiap hari tu selamat ataupun tidak. Sebagai contoh jika ke pasar kita sering kali memilih sayur sayur yang segar bugar berbanding sayur sayur yang berlubang lubang daunnya kerana ditokak (dimakan) ulat.... tetapi hakikatnya sayur yang berlubang lubang itulah yang lebih selamat untuk dimakan... ini kerana sayur yang segar bugar itu disembur dengan racun perosak dengan kuantiti yang banyak sehingga ulat pun tak sanggub untuk makan sayur tuu... Dalam hal ni aku dapat membuat satu kesimpulan bahawa ulat lebih menitikberatkan soal kesihatan makanan berbanding kita manusia...
Berdasarkan pengalaman aku dalam memilih ikan ikan yang segar pula... kita tak boleh memilih ikan dengan cara melihat pada luaran ikan tersebut sahaja... kebanyakan ikan2 yg diimport dari negara Gajah Putih (Thailand) ke negara kita pada masa kini akan diawet supaya dapat bertahan dengan lebih lama dan kelihatan segar. Cara untuk mengukur kesegaran ikan adalah dengan melihat pada bahagian insang ikan tersebut, sekiranya insang ikan tersebut kelihatan merah dan masih berlendir itu tandanya ikan itu masih segar manakala ikan yang sudah hampir expired insangnya akan kelihatan pucat dan kering serta bahagian perut akan terasa lembekkkk....
Sebagaimana yang kita sediamaklum, salah satu makanan famous rakyat Malaysia adalah Mee Goreng, Mee Rebus dan Mee Bandung. Mee kuning yang kita makan itu sebenarnya lebih merbahaya berbanding Bihun, Kow teaw dan Spagethi. Ada diantara kita yang mudah kembung perut setelah makan mee. Ini bukanlah bermakna anda terkena santau tetapi adalah disebabkan kerana mee kuning yang kita makan itu telah diadun dengan sejenis asid (Asid Borik). Untuk mengukur tahap asid dalam kandungan mee mentah adalah dengan mencampurkan serbuk kunyit dengan mee mentah itu... pasti anda akan terkezuttt apabila warna mee yg kuning itu tadi menjadi meraahhhh... ini terjadi akibat tindak balas asid tersebut apabila terkena penangan serbuk kunyit... Kalau Hangpa nak dengar Nasihat aku, elak lah makan segala jenis mee, tambahan lagi jenis mee segera, sekiranya menjadi amalan kita memakan mee segera maka alamatnya anda pun insyaallah akan segera meningallkan dunia... Bercakap pasal mee ni, aku ada satu teka teki : Dalam banyak banyak mee, mee apa yang lelaki saja boleh rasa & pompuan tak akan berpeluang untuk rasa mee ni..? ( jawapannya : Meesai )
OK lah.. Aku pun dah nak pi lunch dah nii... "Gendang gendut tali kecapi, Perut Lapar susah hati.. Hari Ni Aku Nak Makan sempoy punyaa.., Hangpa Nak Join Aku Tak ??, Menu makan tengahari aku hari ni ialah Nasi berlaukan Sup Tulang dan Sambal Belacan. Rasa dia memang Waa Cakap Luu.. PEEERRGHHHH !!!!!"







