Selasa, 22 Jun 2010

Realiti Dunia Pada Pandangan Aku....

Insan tak berdosa menjadi mangsa KERAKUSAN MANUSIA !!!


Inilah realiti dunia.. yang miskin, lemah sering diratah oleh syaitan bertopeng manusia...


Adakah anda akan berada ditempat mereka sekiranya tanahair, anak-anak dan kaum keluarga telah hancur di pandangan mata ???


BAHTERA KEHIDUPAN, DAN ANDALAH NAHKODANYA....


Kita sebagai khalifah yang melata di bumi ini memang perlu pada duniawi disamping mengumpul dan mencari bekalan buat alam abadi. Bagi aku, kita diibarat kapal dan dunia dibarat laut, Kapal memang perlu pada hamparan laut untuk ia bergerak bagi menuju kesebuah destinasi. Dalam merentasi hamparan laut yang kadangkala bergelora, ada kapal yang berjaya dan banyak kapal yang karam ditelan lautan sebelum ianya berjaya menuju ke destinasi.

Aku kadang kadang tertanya tanya untuk apa aku dijadikan diatas bumi nii... adakah semata mata untuk aku kerja, makan, minum, tidur dan kemudian matiii.... Pasti ada tujuan Allah jadikan aku atas muka bumi nii.. kalau tak percaya cuba baca tafsir surah An-NAs..

Betul... setiap insan membutuhkan dunia tapi dunia ni selalunya menjadikan kita alpa dan terus tengelam dengan angan-angan. Banyak antara kita yang hancur binasa bukan kerana mengejar akhirat tapi kerana mengejar dunia yang penuh dengan tipu daya. Kerana dunialah manusia berjalan mendabik dada sedangkan asalnya kita dari setitik air yang hina.

Sepanjang pengalaman hidup aku yang cetek nii... dah banyak jenis manusia yang aku pernah jumpa... ada manusia yang bertuhan dihati dan ada manusia yang bersyaitan dihati tetapi tutur kata laksana nabi....

Aku akui dunia sekarang ni hanya banyak dikuasai oleh orang-orang yang tamak haloba mengumpul harta tanpa mengira dosa pahala, pandai berkata-berkata, zalim gilakan kuasa dan yang pandai mendandan diri supaya kelihatan jelita walaupun wajah asalnya macam tembok tandas pekan jitra....:). Tapi yang aku betul betul hairan kenapa orang orang yang jenis begini selalunya diangkat menjadi idola dan pembela. Sebab tu laahhh... Allah jadikan Amerika dan Israel sebagai maharaja dalam dunia nii... Doa Aku untuk puak-puak depa ni... hanya hancur binasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan