Yang berada paling kanan adalah Allahyarham adik Aku Ezham Bin Rosli, Allahyarham meninggal akibat kemalangan jalanraya pada tahun 11.11.2006. (Al-Fatihah)
Inilah Aku dan Bini aku.... amacam orait tak ???
( dari kiri Tok Ayah, Mak Tok, Nenek, Atok Anor dan Along Muizz )
Assalamualaikum.... Nama aku Ezwan bin Rosli berasal dari Utara tanahair, dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Boleh dikatakan hampir segenap kaum kerabat aku berasal dari Penang. Bapa aku Hj. Rosli B. Ishak pernah berkhidmat di USM dan kini telah pun menjadi suri rumah sepenuh masa setelah berpencen dari USM kira-kira 7 tahun lepas. Mak aku Hajah Rohani pulak belom nak pencen-pencen lagi dari TLDM.. mungkin lagi 2 tahun lagi pencen lah tuu.. Untuk makluman semua aku juga adalah seorang Anak Sulung yang cukup bertangungjawab dan berdedikasi pada 3 orang adik aku iaitu Ezham, Sharizan & Sharizat (ayat macam riak la pulak...).
Kini aku telah merantau serta berkhidmat di sebuah IPTA di Negeri Kedah. Bagi aku setiap anak lelaki haruslah berani keluar dari kepompong keselesaan di tempat sendiri. Merantau ni dapat memberi banyak pengalaman hidup yang penuh warna warni..(ada warna merah, kuning, hitam, biru dan juga kelabu taik anjing....). Pengalaman hidup ni lah yang akan mendewasakan diri dan pemikiran kita disamping mengajar kita erti berdiri diatas kaki sendiri yakni berdikari.
Tanggal pada 30 September 2005.. Aku pun mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati aku sendiri, nama bini aku Suzliha bt. Anor atau nama glamernya Mimie, berasal dari Kg. Pasir Baru, Semenyih. Kalau hangpa semua nak tau.. aku kenai bini aku ni melalui internet jerr... mulanya aku pun tak confident dengan cinta cyber ni...bagi aku dulu, cinta cyber ni adalah cinta hipokrit atau lebih tepat cinta wayang kulit... Tup, Tup bila lama2 cuba kenai-kenai, nampak ada keikhlasan dan kejujuran, dan bila tak sms dengan awek ni.. aku rasa tak senang duduk.. kata aku dalam hati.. mungkin ini kut yang dinamakan cinta, Jadi... tanpa membuang masa, usia dan wang ringgit Aku teruih ajak kawen... Laa..... LAaa..Laaaa.... LAaaa...
Alhamdulilah.. hasil perkongsian hidup antara kami berdua kini kami telah pun dikurniakan 2 orang cahaya mata yang cukup bercahaya buat kami sekeluarga... Nama anak sulung aku Muhammad Mu'izz Naufal manakala anak perempuan aku diberi nama Nur Afifah Syuhada.. Betui kata orang tua... Anak anak ni penyejuk mata, penyeri jiwa. Benar ditangan kiri mereka punya racun tapi di tangan kanan mereka punya madu dan penawar pada segala kesakitan.
Kalau nak tau macam mana kasih sayang dan pengorbanan mak bapak kita untuk besarkan kita.. jawapannya akan terjawab bilamana anda punya cahaya mata...
Aku cukup minat pada bidang kesenian kecuali seni fesyen dan seni lakonan sebabnya aku tak pandai sangat nak berpesyen2 niihh... dan aku jugak tak pandai nak berlakon-berlakon...(kerana bagi aku hampir kesemua pelakon adalah bersifat plastik). Oleh kerana minat aku yang terlampau X-treme pada bidang seni ni aku mula berjinak jinak dengan bidang senireka grafik dan juga kartunis... Alhamdulilah kini aku telahpun berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Senireka Grafik disebuah IPTA di utara tanahair. Kalau hangpa nak tau Aku juga berminat pada Seni Tomoi (seni ni kalau silap haribulan boleh jadi panas baran tauu...).
Itulah serba ringkas mengenai latar belakang Aku.. kata orang orang tak kenai maka tak cinta, betui tak ? Tapi janganlah pulak hangpa nak becinta dengan aku. OK lah semoga ketemu lagi dilain masa dan ketika... Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan